warghhh!!! x percaya aku boleh tulis cerpen ni. Essay assignment bukan main liat nak siapkan.
sorrylah, tak pandai berbahasa puitis. cerpen ni pun tercipta atas sebab "ape nak buat ek? bosan".
Kadangkala Kita Terlupa
"Kau ni tak aggresive langsung. Pergilah bercampur dengan orang lain,
buat aktiviti luar ke. Sampai bila kau nak duduk terperap dalam rumah ni?"
Fitri hanya berdiam diri tanpa membalas sepatah dua pun kata-kata ayahnya tadi.
Dia hanya duduk di sofa menonton televisyen di ruang tamu. Sekali-sekala dia ke dapur
untuk menjamah sedikit makanan apabila perutnya lapar.
Ayahnya terus berlalu keluar. Sudah berbuih mulutnya memberi nasihat kepada anak sulungnya itu. Fitri memang seorang yang pemuram dan pendiam. Semenjak kecil lagi dia kurang mendedahkan diri dengan orang ramai. Tatkala kanak-kanak lain ketawa riang di taman permainan, dia hanya duduk di rumah memerhatikan mereka dari dalam. Semakin dia membesar, perangai memencilkan diri itu semakin tegar apatah lagi setelah ibunya meninggal dunia 3 tahun yang lalu.
Kini Fitri sedang menghitung hari sebelum keputusan SPM keluar. Semenjak pemergian ibunya akibat derita sakit buah pinggang, dia mula berazam untuk menjadi seorang doktor.Setiap hari dia menatap foto-foto wajah ibunya sambil mengimbau kembali kenangan lama. Jelas sekali dia sangat merindui ibunya walaupun sudah lama Arwah pergi meninggalkannya.
-----------------------------------------------
"Berapa lama kau cuti semester?"
"Dua minggu je Ayah". Fitri menutup bonet kereta selepas memasukkan beg.
Seperti biasa, Fitri hanya berdiam diri ketika di dalam kereta.
Dia cuma bercakap apabila ditanya sahaja.
"Macam mana study?".
"Biasa je. Kadang-kadang sibuk sikit. Kena pergi makmal dan buat report".
"Baguslah. Teruskan usaha. Ayah tahu memang susah buat medic. Doa banyak-banyak dan
sentiasa Istiqamah. InsyaAllah dipermudahkan."
Fitri hanya terdiam.
"Oh, kau tau tak adik kau nak bertunang?".
"Ye ke? bila?"
"Bulan depan".
"oh..ok".
Adik lelakinya kini sedang membuat latihan praktikal di Sebuah bank.
Berbeza dengan Fitri, Fuad merupakan seorang yang aktif dan peramah.
Mereka berdua memang tidak begitu rapat semenjak dari kecil. Fitri asyik sibuk
dengan kemurungan manakala Fuad pula selalu bersama rakan-rakannya.
Walaubagaimanapun hubungan mereka tetap baik.
Sehingga kini mereka masih berhubung antara satu sama lain.
Sekali-sekala Fuad ada juga bertanya khabar. Begitu juga Fitri.
------------------------------------------------
Jam di dinding perpustakaan sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Fitri sedang sibuk
mengulangkaji subjek Anatomi sebelum menduduki ujian pada sebelah petang. Seperti biasa, beliau duduk di meja yang terletak di hujung sudut perpustakaan. Di situ tidak ramai orang. DI situ juga Fitri boleh memerhatikan permandangan sekitar kolej melalui tingkap. Kadangkala beliau berhenti seketika lantas memandang keluar sambil berfikir sesuatu. Entah apa yang difikirkannya, hanya dia dan Allah saja yang tahu.
"Assalamualaikum.." Seorang wanita bertudung tiba-tiba berdiri di sebelahnya.
"Waalaikumsalam.." Fitri membalas.
"Maaf kerana mengganggu. Nama awak Fitri kan?"
Fitri mengangguk.
"Nama saya Zulaika. Saya satu kuliah dengan awak".
"Ye ke? Maaflah saya tak kenal sangat rakan kuliah".
"Oh, tak mengapa. Boleh saya duduk sini?"
Fitri terdiam. Dia mula berasa tidak selesa apabila berbual dengan orang yang dia tidak kenali.
"Awak, boleh saya duduk sini?" Zulaika bertanya lagi.
"Hmmm... duduk la".
"Terima kasih", balas Zulaika sambil meletakkan bukunya di atas meja.
"Sebenarnya, saya cuma nak tanya awak pasal bab 3 subjek Anatomi. Saya dengar awak dapat
markah tinggi ujian yang lepas. Itu pun kalau awak sudi ajarkan lah".
Pada mulanya Fitri mahu menolak. Bukan sebab tidak sudi mengajar tetapi beliau sebenarnya berasa kekok. Namun, secara perlahan Fitri menerangkan jawapan kepada setiap persoalan Zulaika. Biarpun rasa kekok itu tebal, dia tetap juga mencuba.
"Terima kasih ya Fitri. Selamat menjawab ujian petang ni. Sama-samalah kita berdoa dan tawakkal kepadaNya
supaya nanti dapat jawab dengan tenang".
Fitri hanya tersenyum simpul.
-------------------------------------------------
"Fitri, jom pergi rumah Paklang. Ada majlis hari jadi cucu dia malam ni"
Fitri membisu seketika.
"Tak apa lah ayah. Nanti kirim salam saja kat Paklang. Fitri rasa nak duduk rumah je malam ni", balas Fitri.
Mendengar jawapan Fitri itu tadi, ayahnya mengeluh lalu terus beliau datang duduk di sebelah.
"Nak, ayah tahu kau tidak biasa dengan orang ramai. Tapi sampai bila kau nak jadi macam ni?
Islam menuntut kita menjaga dan mengeratkan tali siraturrahim sesama manusia. Yang dah pergi tu tetap akan pergi. Kita doakan sahaja agar mereka aman di alam sana. Kita yang masih hidup ni, mesti teruskan perjalanan. Jangan selalu bersedih. Banyakkan melakukan amal ibadah. Dekatkan diri dengan Tuhan. InsyaAllah kau akan menemui kebahagiaan."
Fitri hanya menunduk. Mulutnya terkunci. Lidahnya kelu. Memang betul apa yang dikatakan oleh ayahnya tadi. Cuma dia belum lagi mempunyai daya dan kekuatan untuk menghilangkan segala kemurungan dan kesedihan.
"Ayah, sebenarnya Fitri dah cuba untuk berubah. Fitri cuba bergaul dengan orang sekeliling, cuba mencari kegembiraan
di dunia ini tapi tak tahulah. Mungkin Fitri dilahirkan begini".
"Kau jangan cakap macam tu. Memang betul, susah untuk mengubah diri kita ke arah kebaikan. Tapi InsyaAllah, dengan cara yang betul dan pedoman terhadapNya kau pasti akan mengecapinya juga".
Ayah Fitri menepuk bahunya sambil tersenyum.
"Dah jom pergi rumah Paklang. Lepas tu ayah nak pergi beli kain Ihram dan serban. Takut tak sempat pula beli barang-barang tu sebelum berangkat ke tanah suci nanti".
---------------------------------------------------
"Fitri!", jerit Zulaika dari jauh sambil datang menghampirinya.
"Awak nak pergi mana?", tanya Zulaika.
"Saya nak pergi perpustakaan".
"Oh, saya pun nak pergi sana jugak. Jom lah jalan sekali."
"Fitri, kenapa awak pendiam ek? budak-budak perempuan dalam kelas selalu bercakap pasal awak. Ada yang cakap awak sombong. Ada yang cakap awak tak suka berkawan dengan diorang. Macam-macam lagi la".
Fitri terdiam. Dia sudah biasa dengar kata-kata orang tentang dirinya. Dia sendiri mengakui kadangkala sifat memencilkan dirinya itu selalu menjadi buah mulut orang. Ada juga beberapa orang rakan cuba menegur, namun dia hanya terus berdiam diri.
"Saya memang tak suka becakap. Lagi-lagi kalau dengan orang yang saya tak berapa kenal. Saya lagi suka duduk sorang-sorang. Tak kacau orang. Orang pun tak kacau kita".
"Ye saya tahu awak tak banyak bercakap. Tapi awak kena juga cari kawan, berbual-bual dengan orang lain, bercampur dengan masyarakat. Mereka semua tu nanti akan banyak membantu awak terutamanya bila awak ada masalah".
"Saya faham. Saya sedang cuba".
"Macam ni la. Petang ni ada usrah kat surau kolej lepas solat Asar. Kalau awak free, jom lah join sekali. InsyaAllah, banyak manfaatnya".
"InsyaAllah, kalau ada kelapangan saya datang".
Sedikit demi sedikit Fitri membina kekuatan dan keyakinannya. Dia yang dahulunya suka menyindiri, kini cuba menyesuaikan diri dengan mengikuti beberapa aktiviti kolej.
Zulaikalah yang telah banyak membantu dan memberi sokongan moral kepadanya.
-------------------------------------------------------
Telefon bimbit Fitri berbunyi. Nombor yang tidak dikenali tertera pada skrinnya.
"Assalamualaikum. En Fitri Bin Sulaiman?"
"Ya saya. Siapa ini"
"Saya daripada Lembaga Tabung Haji. Saya harap Encik bersabar dan redha. Ayah Encik telah kembali ke rahmatullah ketika sedang solat di Masjid Makkah petang tadi. Jenazahnya akan dibawa pulang ke Malaysia malam ini".
Fitri tergamam.
"Innalillahi wainnaillaihi rajiun..." berderai airmata Fitri melafazkannya.
Keadaan sunyi menyelubungi perasaan hiba. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati Fitri mendengar perkhabaran itu. Baru semalam beliau memeluk ayahnya sebelum berangkat ke tanah suci. Namun kini, ayahnya telah pergi buat selamanya.
Airmata terus mengalir membasahi pipi. Hanya doa yang terus mengiringi.
----------------------------------------------------------
Seminggu sudah berlalu semenjak kematian ayah Fitri.
Beliau duduk termenung seorang diri di perpustakaan. Sekali-sekala ada juga beberapa orang rakan datang menghampirinya untuk mengucapkan takziah. Tidak lama kemudian, Zulaika hadir berjumpa dengan Fitri.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam..."
"Apa khabar?"
"Alhamdulillah" sambil mengesat saki baki airmata di kelopak matanya.
"Sesungguhnya Allah sangat sayangkan Arwah Ayah awak. Awak patut bersyukur kerana mempunyai seorang
ayah yang sangat mengambil berat".
"Ya, saya tahu. Tatkala kita sedang bersedih, sebenarnya ada orang yang lebih sedih melihat keadaan kita. Tatkala kita sibuk memikirkan benda yang jauh, kita terlupa akan benda yang berhampiran. Itulah manusia, kadangkala kita terlupa".
"Sudahlah tu Fitri. Yang pergi tu, tetap akan pergi. Semoga Arwah ayah awak ditempatkan di kalangan para mujahidin. Yang pastinya, Arwah ayah awak pasti mahukan awak bahagia. Arwah pasti mahu awak teruskan hidup dan berusaha memperbaiki diri".
"Saya tahu. Terima kasih atas sokongan awak", ujar Fitri.
"Hmmmmm... sebenarnya dua bulan lepas Arwah ayah awak ada berjumpa dengan saya.
Saya dah kenal lama dengan Arwah sebab ayah saya bekerja di tempat yang sama dengan Arwah ayah awak. Arwah meminta saya supaya membantu awak dalam mencari identiti dan keyakinan diri. Setakat ini saya telah cuba apa yang termampu. Selebihnya terserah kepada awak".
Fitri tergamam seketika. Matanya dipejamkan. Ketika itu hanya bayangan wajah Arwah ayahnya bermain di fikiran.
-The End-
Monday, November 30, 2009
Kadangkala Kita Terlupa (premier view)
Dikarang dan Disunting oleh EN MoHd HaZiQ AbduLLaH SaNi Pada 7:47 AM 0 gossip panas telah tersebar luas
Saturday, November 28, 2009
Blog Repackage
Salam...
I've been deciding to have a new blog since the past 3 months. But this one guy named 'Buzy' kept hogging on and stole my time to redesign the blog. Last week, I was browsing on few photos to create a new layout (sorry guys, I like 'mencapubing'. can't help) and found this one old photo where I was standing at the paradise. It's really nice to have white sand and blue sky backgrounding me. So, I decided to use that photo instead of copying others artwork (whoopss. decent la konon).
Now, I already have a new layout with a new blog title which I find very meaningful and motivated but still the same crap content. haha~.
I don't know la if my new blog ni x sesuai di mata pembaca. What I do is what I know and what I feel. So, terjadilah layout itu. Whataver pun ur impression about my new blog, I'm still grateful that you've spent few minutes to read this blog. At least I'm not talking to myself only. lol~
Ok lah, until later. Have a nice day. Salam
Dikarang dan Disunting oleh EN MoHd HaZiQ AbduLLaH SaNi Pada 8:33 PM 0 gossip panas telah tersebar luas
crap...
Oh No! the new layout is hopeless. I'm not expecting this. Esok lusa saja diperbaiki. Salam.
p/s- Salam Eiduladha. sesape yg saya terlupa link or mahu saya link kan blog, boleh la drop blog address di ruangan komen. =)
Dikarang dan Disunting oleh EN MoHd HaZiQ AbduLLaH SaNi Pada 6:41 AM 0 gossip panas telah tersebar luas
